Placeholder image

 UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Placeholder image

Education  

 

 Saya telah menyambung pelajaran di peringkat yang lebih tinggi di Universiti Sains Malaysia (USM). Universiti Sains Malaysia merupakan sebuah Universiti Awam di Malaysia. Kampus utamanya terletak di George Town,Pulau Pinang. Terdapat tiga buah kampus lain iaitu sebuah di Seberang Perai dan sebuah lagi di Kelantan dan sebuah kampus luar negara yang menawarkan kursus sains perubatan di Uttar Pradesh, India. USM mempunyai jumlah pelajar sekitar 29,789 orang pada 2006. Hal ini menjadikannya ia sebuah universiti terbesar di Malaysia dari segi bilangan pelajar. USM telah ditubuhkan sebagai universiti kedua di Malaysia pada 1969 dan pertama kali dikenali sebagai Universiti Pulau Pinang. Pada masa yang sama, ia beroperasi di Bukit Gelugor, Pulau Pinang. Pada 1971, kampus USM dialihkan ke kawasan yang berkeluasan 239.4 hektar, yang mana ia merupakan bekas kawasan berek tentera. Dari sudut lain, Universiti Sains Malaysia diberikan mandat untuk menjaga, mempromosi, dan menguruskan pendidikan tinggi dalam bidang yang mencakupi sains tulen, sains aplikasi, sains farmasi, sains bangunan dan teknologi, sains masyarakat, kemanusiaan, dan pendidikan dalam bentuk penyelidikan, kemajuan, dan penyebaran ilmu pengetahuan.